22 November 2008

pontianak

Catatan Fairous,

Kisah ini berlaku kepada saudara saya. 5 minggu yang lalu, keluarga saya pergi ke rumahnya. Pada pukul 8 malam, keluarga saya pulang ke rumah.Selepas beberapa minit,saudara saya masak. Ketika dia sedang masak, dia ternampak pontianak di luar tingkap.Dia memekik.Bila dia sedang memekik, pontianak itu hilang.Esoknya dia menceritakan tentang pontianak itu.Malam itu saya termimpi tentang pontianak itu.Susahnya saya hendak tidur. Pada hari itu,saya susah
hendak melupakannya.

12 November 2008

Tahu Nahu



Rosamund dan Umaira mengambil bahagian dalam Tahu Nahu.
GLAMOUR!

04 November 2008

 Catatan Atiqah,

                        Saya membuka tingkap bilik saya dengan luas.Tujuhan cahaya matahari pagi itu menampar dada bilik saya. Burung-burung berkicauan telah membuat suasana pagi itu ceria sekali. Namun tanpa saya sedari, manik-manik jernih berlinangan di pipi saya yang lembut ini. Saya teringat akan tragedi yang telah menimpa burung peliharaan saya yang sangat saya sayangi.

 

Pada pagi hari Sabtu yang lalu, saya mengikut ibu saya ke pasar di Jurong West. Apabila saya di  dalam bus nombor 502,abang saya menelefon telefon bimbit ibu saya dan memberitahu bahawa burung kesayangan saya telah dikejar oleh seekor kucing yang dimiliki oleh bapa saya. Kucing itu ialah kucing kesayangan bapa saya yang telah lama memeliharanya.Kucing itu sangat gemuk dan garang sekali.Saya sangat benci terhadap kucing itu kerana dia selalu mencekau saya.

 

Setibanya saya pulang dari pasar, dengan cepat saya pergi ke dapur dan melihat bahawa burung kesayangan saya tercungap-cungap bagaikan diserang ketakutan sehingga lututnya lemah dan tangannya terkulai-kulai.Saya membawa burung saya kemana-mana.Saya mendukungnya, menidurkannya. Mengambil gambarnya dan memegang kepalanya.

 

Selepas hari itu, saya dan keluarga saya mahu pergi ke Geylang untuk membeli baju Hari Lebaran tahun ini. Sementara menunggu bapa saya bersiap, saya mendukung burung kesayangan saya kerana ia masih tercungap-cungap. Setelah itu kami semua berangkat keluar sementara burung saya kesendirian di rumah.

 

Kami ke Geylang agak lama. Setibanya saya di rumah, saya terus berlari ke arah dapur untuk melihat burung saya tetapi cuba menahan air mata saya tetapi tidak berguna kerana burung saya  sudak mati bersendirian di rumah. Berjuta-juta semut telah berkumpul di seluruh tubuh burung saya.

 

Saya, abang dan bapa saya menanamnya berdekatan sebatang pokok yang rendah. Setibanya saya di rumah, saya menangis sehingga saya tertidur dan mimpi tentang burung kesayangan saya.

 

Apabila hari mendung burung saya akan mematuk ibu saya supaya mengankat baju-baju diluar dan tutup tingkap-tingkap. Dia ialah penghibur di rumah saya. Dia selalu menemani saya apabila saya dalam kesedihan atau kesunyian.

 

Sekarang burung saya sudah tiada. Saya sentiasa mengimbas burung itu sepanjang hayat saya. 

02 Oktober 2008

Eid Mubarak!



Salam Lebaran! Semoga awak semua berbahagia dengan keluarga di hari yang mulia ini. Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin.

29 September 2008

Melancong ke Indonesia







Catatan Nur Syairah
Pada April 6, Saya sekeluarga dan saudara-mara saya berjumpa di Tanah Merah Terminal untuk menaiki feri ke Indonesia.
Apabila kami keluar feri, kami terus menaiki bas untuk pergi ke hotel lima bintang, Bintang Resort. Pada pukul lima setengah, kami turun dan menaik bas untuk makan. Sementara membeli bubble gum, hujan turun dengan lebat. Kami pun sampai hotel dan hujan pun berhenti. Kami menaik ke bilik kami dan tidur kerana kepenatan.

Esoknya, kami makan di tingkat pertama untuk makan pagi. Kenyang, kami pun berenang tetapi tidak berjaya. Seorang christian membuat baptised bersama orang christian untuk menghilang dosa-dosa jahat mereka. Apabila mereka habis membuat, kanak-kanak semua berenang tetapi orang dewasa seperti ibu bapa pun pergi pasar. Kami pun berjalan-jalan sementara menunggu mereka pulang daripada pasar. Kami pun bermain di arcade dan berbelanjar semua duit rupiah kami. Ayah saya pun menukar wang untuk bermain selama dua jam.
Akhirnya, kami pun menukar ticket untuk makanan dan gula-gula. Kami pun pulang ke hotel.
Esoknya, kami sedih apabila kami harus pulang ke Singapura balik. Kami pun mengambil gambar sebelum pulang.
Apabila kami pulang, kami membuat langsir di sana dan mereka akan menghantarnya sebelum hari raya!






28 September 2008

Ke Perth, Australia


Catatan Shahidah

Sewaktu cuti sekolah pada Mac tahun ini, saya sekeluarga pergi ke Perth untuk melawat pak cik saya sambil makan angin. Saya ke Fremantle, Light House,King's Park, Muzium Australia, Beach House dan Migrate River.Semasa kami ke Perth suasananya panas tetapi kami memakai baju sejuk.Anginnya sangat kuat.Kami mendapat melihat matahari terbenam di pantai.Kami ke Fremantle untuk belanja dan bermakan Fish and Chip.Enak Sekali ! Saya sangat gembira kerana itu adalah kali kedua saya ke Australia. Saya dapat mencuba cokolat yang mereka buat di Kilang coklat. Semasa malam kedua di Beach House, saya dapat membuat pizza sendiri. Enak sekali! Adik saya dapat mengambil gambar dengan Kukubarra.Kami mendapat memberi Kangaroo makan.. Kami ke pantai untuk berenang dan berkelah. Airnya sangat jernih. Saya dapat pergi muzium kerana pak cik saya bekerja di sana. Dia menbawa kami ke semua tempat yang menarik seperti taman rama-rama dan sebagainya. Kami semua harap yang kami semua boleh tinggal di sana kerana suasana di situ tenang.

22 September 2008

Terlihat gambar pontianak di emel

Kawan emak saya, bernama Cik Fiza telah menghantar gambar pontianak di atas pokok. Kawan Cik Fiza telah menghantar gambar itu kepadanya. Dia pun telah menghantarnya kepada emak saya.

Begini ceritanya. Pada malam Jumaat, kawan Cik Fiza sedang mengangkat kamera dan dia sedang berlari di tempat sunyi yang ada banyak pokok. Dia terpetik kameranya dan terambil gambar pokok dan pontianak. Tiba di rumahnya, dia melihat gambar yang dia ambil bersama kawannya. Dia terkejut. Baru dia tahu yang dia telah mengambil gambar pontianak. Dia terus lari dan membuka komputernya dan menaikmuatkan gambar itu. Dia menghantar gambar itu kepada Cik Fiza . Cik Fiza pun menghantar gambar itu kepada emak saya.

Jam menunjukkan pukul lima pagi dan emak saya membuka komputer dan terus membuka emelnya dan ternampak gambar pontianak di atas pokok. Emak saya terus ketakutan. Gambar itu menjadi besar sendiri! Emak saya pun cepat-cepat tutup dan membuang emel itu.

Pada esoknya, emak saya memberitahu saya yang saya tidak boleh menghantar gambar hantu kepada kawan saya kerana gambar itu boleh menakutkan mereka.

Catatan Syairah

21 September 2008

Bayangan Dalam Gambar

Catatan Afifah

Tahun lepas, saya menyambut hari raya di rumah pak cik saya di Johor. Saya dan saudara-mara serta keluargaku bermain-main bunga api dan mercun. Kami semua berasa seronok. Kami bermain pada waktu senja kerana hari sudah gelap. Ketika kami sedang bermain-main, kami terdengar anjing menyalak. Kami tidak ambil kisah dan meneruskan bermain bunga api dan mercun itu.

Beberapa orang saudara saya mengambil gambar kami. Apabila gambar sudah siap, salah satu gambarnya ada bayangan putih di sebelahnya. Bayangan itu seperti pontianak yang berambut panjang. Kami semua berasa takut dan serik untuk bermain bunga api dan mercun pada waktu senja.

Budak Menangis

Catatan Shaelfiee

Bila larut malam, saya buka radio untuk dengar cerita hantu. Pada hari itu, saya, kakak dan abang tinggal di rumah sementara menunggu ibu bapa saya menghantar Pak cik saya di Ang Mo Kio. Ketika saya dan abang sedang baring, kami terdengar seorang budak perempuan menangis tersedu-sedu. Abang saya pergi ke luar tetapi tidak ada seorang pun yang ada di luar.

Ada kawan saya yang bercakap bahawa rumah yang saya tinggal itu berhantu. Ada banyak lagi kisah seram di rumah arwah nenek saya.

Pemergian Datuk dan Nenek

Catatan Danial Ashraf

Masa saya kecil, saya, nenek dan datuk tinggal bersama. Kami tinggal di Johor Bahru. Saya suka tinggal dengan mereka kerana mereka menjaga saya dengan baik dan membeli benda yang saya ingini.

Pada tahun 2003, nenek saya sakit jantung dan hendak pergi ke hospital. Saya berasa takut jikalau nenek akan meninggal dunia. Pada 26 Ogos, saya berasa sedih kerana nenek akhirnya meninggal dunia. Tinggal datuk sahaja.

Pada tahun 2004, datuk saya pengsan dan dikejarkan ke hospital. Saya pun berasa takut yang datuk akan meninggal dunia macam arwah nenek. Pada 27 September, datuk meninggal dunia di rumah bapa saya. Saya berasa sedih untuk mereka dua dan hendak tinggal dengan bapa dan ibu saya.

Salah Orang

Catatan Faseha,

Beberapa tahun yang lalu, emak saya pergi ke pusat membeli belah dan membeli banyak barang. Dia menaiki teksi dan bila dia mahu balik rumah, dia menelefon kami untuk tunggu di kolong blok. Saya, kakak dan abang pun turun. Kami tidak tahu yang emak pergi ke pusat membeli-belah yang jauh dari rumah. Kami pun bermain di taman permainan selama beberapa minit.

Selepas itu, sebuah teksi pun tiba. Kakak saya sedang memakai topeng pencuri. Dia berlari ke teksi itu dan berjoget di depan teksi itu. Penumpang yang keluar daripada teksi itu ialah orang yang kami tidak kenali. Orang itu terperanjat melihat kakak saya itu. Saya dan abang saya ketawa di belakang. Bila teksi yang emak saya naiki tiba, saya ceritakan apa yang terjadi.

Hantu Lapar

Catatan Khalesa

Pada bulan "hantu lapar", saya sangat takut kerana ibu saudar saya pernah mendapat kemalangan. Dia tidak sedar yang dia terlangkah perkakas sembahyang Cina. Kakinya menjadi lebam. Pada waktu itu, ibu saudara saya sedang mengandung. Dia meninggal dunia pada tahun 2001. Bayi yang berada di dalam kandungannya pun meninggal dunia. Bayi itu ialah anaknya yang kedua. Anak pertamanya baru berusia dua tahun. Sejak hari itu, saya tidak bermain di kolong blok pada musim perayaan itu. Kita pun berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat!

Gagal Ujian

Kisah sedih yang pernah saya alami ialah saat ujian peperiksaan penggal satu. Saya sangat sedih kerana saya gagal dalam ujian itu. Mata pelajaran yang saya gagal dalam ujian itu ialah Matematik, Sains dan Inggeris. Saya sudah berusaha tetapi hasilnya tetap tidak bagus. Satu-satunya hasil ujian saya yang paling baik ialah Bahasa Melayu. Namun, saya tetap sedih kerana saya gagal. Setelah saya mengetahui bahawa hasil saya itu gagal, saya langsung pergi belajar dan tidak bermain-main lagi. Sejak itulah saya mengetahui bahawa orang yang tidak belajar, tidak akan berjaya di masa kelak nanti.

Kecut

Catatan Afifah

Adik saudara saya berada di rumah saya buat sementara kerana nenek saya sakit dan nenek saya masih belum boleh menjaga cucunya. Namanya, Ahmad Irfan. Dia seorang yang bijak dan cerdik. Umurnya baru tujuh bulan.

Satu hari, saya sedang vakuum di rumah saya. Tiba-tiba, adik saudara saya mahu lari daripada vakuum itu tetapi tidak berjaya. Dia ketakutan lalu menangis dan abang saya terpaksa mendukungnya. Dia duduk di sofa. Saya vakuum sahaja. Apabila saya sudah habis, saya memberitahu ibu saya. Kemudian, saya dan ibu serta abang saya ketawa terbahak- bahak hingga tidak terhenti- henti. Adik saudara saya seorang yang pengecut sedikit. Saya masih tidak boleh lupakannya.

Jatuh Di Geylang

Catatan Zurain

Tiga tahun yang lepas, saya, nenek, ibu dan kakak pergi ke Geylang. Kami pergi ke sana kerana hendak membeli kain untuk hari raya nanti. Kami pergi ke gerai First Lady kerana di sana banyak selendang, baju, kain dan banyak lagi. Nenek saya tidak tahu mana yang dia harus beli tetapi kami hanya boleh membeli cuma satu sahaja.

Kami pun sudah jejak di luar Joo Chiat Complex dan lantainya sangat lecak kerana mungkin tadi hujan atau gerimis. Kakak saya tidak sabar untuk pulang ke rumah sehingga dia terjatuh. Bukan itu sahaja, dia pun terduduk terkangkang sampai membuat saya geli hati.

Nenek saya menyuruh kakak saya bangun dan membeli seluar yang baru. Kasihan kakak saya terjatuh depan orang ramai. Bila sampai di rumah, saya pergi ke tandas untuk ketawa tetapi tidak baik ketawakan orang. Sepatutnya sebagai adik yang baik, saya harus tanya dia baik atau ada yang patah.

Disebat Ayah

Catatan Fadhil

Kejadian ini berlaku pada tahun lepas. Kami sedang minum air di kedai kopi. Tiba-tiba, ibuku memanggil aku untuk memberi ayahku telefon bimbit ibuku. Aku mengambil telefon bimbit itu lalu berjalan ke arah ayahku. Ketika berjalan, aku terlanggar longkang dan terjatuh. Telefon bimbit itu terjatuh dan cerminnya terkeluar.

Ayah aku sangat marah. Dia menampar aku. Dia suruh aku pulang dengannya. Apabila aku sampai di rumah, Ayah bertanya aku kenapa aku berlari. Aku sangat takut sehingga aku tidak boleh menjawabnya. Dia pun sebat aku di kaki, badan dan tangan.

Selepas itu, aku masuk ke dalam bilikku lalu duduk di atas katilku. Beberapa minit kemudian, aku tertidur. Ibuku pun balik daripada tempat kerjanya. Ibuku menggosokkan minyak gamat di tubuhku yang disebat. Selepas itu, ibuku menyuruh aku tidur. Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Kucing Berhantu?

Catatan Aisyah

Saya ternampak seekor kucing yang berjalan ke arah saya dan adik saya. Saya menyuruh adik saya agar jangan mendekatinya kerana kami sudah terlambat. Apabila saya jalan satu langkah sahaja, saya terpusing ke belakang dan kucing itu hilang. Saya cuba mencarinya tetapi tidak ada.

Di rumah, adik saya ketakutan apabila dia mendengar saya memberitahu ibu saya tentang kucing berhantu itu. Sejak hari itu, adik saya dan saya berhati-hati apabila melihat kucing yang berwarna hitam gelap dan matanya berwarna coklat kerana ia boleh membahayakan.

Nenek Saya

Catatan 'Umaira

Saya ada sebuah kisah yang amat menyedihkan. Kisah sedih saya ialah ketika arwah nenek saya meninggal dunia. Nenek saya meninggal dunia ketika saya berumur 8 tahun. Pada masa itu, nenek saya memang mempunyai penyakit. Nenek saya sakit kencing manis dan darah tinggi. Dia juga sudah lanjut usia. Dia juga seorang yang pemurah dan suka ceritakan tentang dirinya pada zaman kecilnya.

Ketika dia sakit, nenek saya selalu ditahan di hospital. Kadang-kala, saya sekeluarga akan menjaganya. Nenek juga suka belanja makan dan melancong ke luar negara seperti Australia dan Jerman. Mak cik saya juga tinggal di Australia. Saya juga amat bahagia dan gembira apabila nenek di sisi saya.

Semenjak kebelakangan ini, saya berasa sunyi dan jarang pergi melancong ke luar negara. Nenek saya pernah bercakap dengan saya agar saya sentiasa berdoa untuknya selamat di dalam kubur. Inilah kisah sedih saya tentang nenek.

19 September 2008

Bercuti di Langkawi





Catatan Farhanah
Kami sekeluarga bercuti di Langkawi selama 3hari 2 malam. Kami bertolak ke Malaysia pada jam 8 malam. Perjalannya sungguh lama. Kami menaik bas V.I.P. COACH. Kami sampai di Kedah 12 jam kemudian. Sampai sahaja di Kedah, kami pergi ke Padang Besar. Padang Besar sepadan dengan Thailand. Di situ, terdapat ramai penjual dari Thailand.

Selepas membeli-belah di Padang Besar, kami ke Jeti Kuah. Di situ, kami menaiki feri ke Langkawi. Ia mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Langkawi. Sangat seronok menaiki feri. Saya sudah menaiki feri sebanyak 2 kali. Sampai sahaja di sana, kami
'check in' resort. Esok harinya, kami ke Makam Mahsuri. Selepas itu, kami ke kilang minyak gamat. Kami dapat melihat bagaimana gamat diproses. Selepas ke faktori minnyak gamat, kami makan siang. Makanannya sungguh enak. Selepas menjamu selera, kami ke kedai roti Mahadir. Selepas itu, kami balik ke Resort kita.

Pada malam itu,kami berenang di laut berdekatan dengan resort kami. Setelah beberapa jam,kami pun balik ke resort kami dan mengemas beg kami untuk balik ke Singapura.

17 September 2008

Kebun Strawberi




Catatan Rosamund,

Selepas peperiksaan saya sekeluarga pergi ke Jakarta dan juga Bandung. Bandung itu tempatnya sangat tinggi dan sejuk. Kami pergi ke kebun strawberi di Bandung . Di sana kami memetik strawberi yang besar-besar dan juga yang berwarna merah. Di kebun itu banyak serangga-serangga seperti belalang. Belalang-belalang itu sangat besar dan menggelikan. Selepas memetik strawberi, kami berkumpul dan juga makan bersama-sama. Saya sangat gembira sekali jika saya mempunyai waktu untuk bermain-main dengan keluarga saya.

16 September 2008

Termakan biskut

Catatan 'Umaira

Pada hari pertama Ramadhan, saya berasa amat ngantuk apabila hendak bangun untuk sahur. Setiap hari, saya sekeluarga bersahur bersama-sama. Ibu saya selalu mengejutkan saya pada pukul 4.45 pagi. Selepas menggosok gigi, saya terus makan banyak-banyak supaya tidak terasa lapar. Kemudian, saya dan adik berehat sementara menunggu azan subuh.

Selepas habis solat, ibu saya menyuruh menyuapkan adik kecil saya makan. Adik kecil saya berumur 10 bulan. Semasa saya mengambil biskut, saya terus membukanya dan menyuap adik saya biskut itu. Beberapa minit kemudian, saya berasa amat geram kerana adik saya lambat. Saya pun berkata'"Anas, cepatlah sikit makan!"

Selepas itu, saya termakan biskut adik saya kerana pada masa itu, saya terlupa sangat terhingga termakan biskut adik sendiri.

Ibu saya amat terperanjat ketika melihat saya makan. Ibu saya pun berkata,"Irah! Sudah azan subuh! Kenapa pergi makan lagi?"

Saya terus terperanjat ketika mendengar suara ibu saya. Tanpa berlengah, saya terus buang biskut itu yang ada di dalam mulut saya dan simpan semula bakinya. Saya juga tidak berikan biskut itu kepada adik saya lagi kerana saya takut hendak menyuapnya lagi.

15 September 2008

Arnab Saya

Catatan Nur Aisyah

Saya gembira kerana bapa saya membawa pulang seekor anak arnab berwarna putih dan coklat. Arnab itu hanya berusia empat bulan. Dia sangat comel, gemuk dan manja. Ia menarik hati sesiapa sahaja yang mendekatinya.

Saya selalu bermain dengan arnab itu. Muka arnab itu sangat lucu apabila saya mengangkatnya. Apabila saya meletakkan tangan saya ke kakinya, dia akan menjilat tangan saya. Apabila ia kelaparan, ia juga akan memanjat besi yang disediakan oleh bapa saya.

Saya rasa gembira kerana dapat menyimpan arnab itu sebagai binatang peliharan saya.

14 September 2008

Kehidupan Harian Saya

Catatan Zakaria

Saya bersyukur kerana saya telah dapat hidup di dalam dunia ini. Saya sungguh berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka yang telah mambawa saya ke dunia ini. Sewaktu kecil,apa yang saya buat adalah tidur. Ibu sudah bersusah payah menjaga saya ketika saya masih kecil hingga sekarang. Dahulu waktu saya kecil,ibulah yang memberi saya susu, mandikan saya, munukar pakaian saya dan lain-lain lagi.

Semakin hari,saya semakin besar dan kini sudah pun berumur 10 tahun. Saya sudah bersekolah di Sekolah Rendah Yuhua. Saya murid darjah 5. Tidak lama lagi,saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Bukan itu sahaja, banyak cabaran yang saya alami semasa saya di peringkat darjah 5. Saya harus mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah dan banyak lagi. Bukan sahaja di sekolah tetapi di rumah juga ada kerja yang patut saya lakukan.

Di rumah,saya harus menolong ibu mengemas rumah dan lain-lain lagi.Peranan saya dalam rumah adalah sebagai seorang abang kepada adik saya yang kecil. Saya harus mengajar dia membuat kerja sekolah dan lain-lain lagi. Saya juga harus menunjukkan contoh yang baik kepada adik saya yang kecil. Mungkin itulah kehidupan harian saya di dalam dunia dengan menghadapi berbagai cabaran dan dugaan.

Adik Saya

Saya kadang-kadang benci dengan adik saya. Dia selalu buat saya marah dan dia selalu buat hal. Mereka selalu bergaduh. Tidak tahu mengapa.

12 September 2008

Saya pergi memancing

Catatan Nur Atiqah  

Saya suka pergi memancing pada waktu lapang. Kami selalu memancing di tempat memancing. Saya selalu mengajak saudara-mara saya untuk turut sama memancing. Di sana, terdapat banyak ikan dan udang serta ketam. Kami membawa joran masing-masing.

Saya akan mengenakan umpan pada mata kail. Sesudah itu, kami akan menghayunkan joran kami ke dalam air sungai. Kami akan menunggu sehingga ikan memakan umpan saya serta saudara saya. Saudara saya terasa bahawa jorannya disentak sesuatu. Dia pasti telah mendapat ikan, udang atau ketam. Dengan segera saudara saya menarik jorannya. Dia melihat seekor uadang gala yang sangat besar dan lebar tersangkut pada mata kailnya. Dia mengeluarkan udang gala itu lalu memasukkannya di dalam bekas yang telah disediakan.

Di Sebuah Banglo

Catatan Putra

Peristiwa ini berlaku semasa saya berumur enam tahun. Saya berada di sebuah banglo di kawasan Pasir Ris dengan keluarga saya dan saudara-mara saya. Kami menginap di sana selama 3 malam. Di banglo itu, ada sebuah kolam renang. Kami semua suka berbarbeque dan bermain dengan bunga api.

Keesokan harinya, kami semua pergi berenang di kolam itu. Sedang kami berenang-renang, tiba-tiba saya perasan saudara saya yang bernama Asyraaf hilang dari pandangan.

Saya pun risau dan terus berlari dan memekik, "Abang Yusof, Asyraaf tenggelam!"

Ayah saudara saya pun berlari dengan cepat dan terus terjun ke dalam kolam itu. Tidak berapa lama kemudian, dia pun keluar dari kolam dengan Asyraaf yang pengsan itu. Pak cik saya yang tahu tentang bagaimana menyelamatkan seseorang lemas atau pengsan terus membuat CPR. Kami semua agak terkejut dan risau tentang keadaan Asyraaf. Kami semua berasa syukur kerana selepas diberi pertolongan, Asyraaf pun sedar. Semenjak hari itu, dia tidak berani untuk bermain di kolam renang yang dalam lagi.

Hari Guru

Catatan Afifah

Hari Guru jatuh pada 1 September 2008. Sekolah kami menyambut Hari Guru pada 29 Ogos 2008. Saya memberi Cikgu Azrina sekeping kad dan sebatang pena. Cikgu kegemaran saya ialah Cikgu Azrina, Cikgu Rafidah dan Ms Chung. Mereka semua mengajar saya kecuali Cikgu Rafidah. Dia sudah tidak mengajar saya lagi kerana Ckigu Azrina sudah mengambil ahli tempatnya.

Konsert pula... Saya suka cara-cara kumpulan berbaju hijau berjoget. Anggota kumpulan itu ialah Herna Sabrina, Nurul Asyiqin, Khalesa, Atiqah, Shafiqah, Haslinda dan Liyana. Mereka berjoget di atas pentas. Baju-baju meraka juga lawah.

11 September 2008

Bayang-bayang

Catatan Nurin Nazurah(5c)

Suatu hari, apabila saya sedang belajar di kelas saya, saya ternampak bayang-bayang seorang. Saya berasa amat takut dan saya tidak boleh beri perhatian dalam pelajaran saya. Saya ceritakan kepada kawan saya tetapi dia tidak percaya dengan kata-kata saya. Saya menerangkan bahawa cerita itu betul dan mereka percaya dengan saya. Selepas itu, saya tidak berasa takut lagi kerana saya tidak nampak bayang-bayang itu lagi. Kami selalu bersama kerana mereka tidak mahu saya takut macam dahulu.

10 September 2008

Hari Guru


Catatan Khalesa.

Hari Isnin, 1 September 2008 ialah hari guru. Di sekolah, kami merayakan Hari Guru pada hari Jumaat 29 Ogos 2008. Saya dan kawan-kawan saya memasuki pertandingan "Yuhua Talent".

Kawan-kawan dan saya menari lagu "Shanana" yang dinyanyikan oleh "Amy Mastura". Ada lapan orang dalam kumpulan saya. Tujuh orang anggota termasuk penyanyinya, Herna Sabrina. Ada enam kumpulan yang memasuki pertandingan ini. Kami memakai pakaian yang sama iaitu baju berwarna hijau dan seluar hitam. Hati kami sangat berdebar-debar menunggu giliran kami. Kumpulan kami berjaya mendapat tempat yang kedua. Saya membuat bunga berwarna merah untuk guru bahasa Melayu saya. Saya juga membawa kek untuk guru bahasa Inggeris saya. Kedua-dua guru saya sangat gembira dengan pemberian saya.

SELAMAT HARI GURU saya ucapkan khas untuk semua guru-guru!

Untuk Pak Arif... Video Pak Abu

Tambahan kepada gurau-senda kita kelmarin, tontonilah video Pak Abu ini sekiranya kamu tidak tahu apa yang saya ceritakan kelmarin. Guru dahulu masuk ke dalam bilik darjah bawa sebatang rotan. Untung awak sudah tidak ada lagi guru begini. Ingat, jangan asyik ketawakan kawan sahaja! Selamat menonton!

09 September 2008

Bayangan seorang perempuan

Catatan Nurul Asyiqin(5G)

Satu kisah seram yang pernah aku lalui ialah ternampak bayangan seorang perempuan. Minggu lepas, aku pergi ke Chalet Changi. Setelah kami sampai di sana, aku meletakkan beg aku di dalam bilik dan dengan cepat aku pergi ke laut.

Apabila jam menunjukkan pukul 12 malam, keluargaku sudah tidur. Tekak aku pun terasa dahaga. Lampu semua sudah tutup. Aku terpaksa berjalan dalam gelap jikalau tidak, aku akan mengganggu mereka. Ketika berjalan, tiba-tiba bayangan seorang perempuan memakai baju berwarna putih dan berambut panjang meluru di hadapanku.

Aku tidak layan kerana aku fikirkan hanya cahaya di langit. Aku pun minum air. Tiba-tiba, bayangan itu terus meluru di hadapanku. Aku terkejut kerana bayangan itu semakin dekat denganku. Aku cepat-cepat berlari naik atas ke bilik dan mengejutkan bapaku untuk menemani aku minum air.

Aku memberitahu apa yang aku ternampak tadi. Bapaku memesan supaya jangan turun kerana takut bayangan itu akan mengacau aku lagi. Bapaku pun menasihati aku jikalau mahu turun pada waktu malam, kejut mereka untuk menemaniku. Aku terus tidur bersebelahan bapaku.

08 September 2008

Tangan Kanan Saya Patah

Catatan Fairous

Cerita sedih yang telah berlaku kepada diri saya berlaku ketika usia saya baru masuk 4 tahun. Saya sedang bermain di taman permainan bersama kakak saya. Ketika saya bermain, tiba-tiba saya terjatuh.

Saya mendapat tangan kanan saya teramat sakit lalu saya menangis. Kakak saya terus memanggil ibu saya untuk meminta pertolongan. Dengan tidak berlengah lagi, ibu saya cepat-cepat membawa saya pergi ke hospital NUH.

Tiba di hospital, doktor yang merawat saya mengatakan bahawa tangan kanan saya telah patah. Doktor yang membalut tangan saya menasihati saya supaya berhati-hati ketika bermain di taman permainan. Semenjak itu, saya sentiasa berhati-hati ketika bermain. Peristiwa ini tidak dapat boleh saya lupakan hingga ke hari ini.

Laut Changi!!!

Catatan Hirzie Amirul

Pada tahun lalu, saya sekeluarga pergi ke pantai Changi untuk memancing. Ayah bercadang supaya kami berkhemah semalaman di sana sambil B.B.Q. Pada jam 12.30 malam, ibu menidurkan adik sementara saya dan ayah terus memancing.

Tiba-tiba, saya terasa haus dan berjalan ke khemah. Setibanya di sana saya ternampak satu lembaga hitam berdiri di hadapan makanan kami. Ia amat menakutkan, saya terus masuk ke dalam khemah untuk memberitahu ibu. Ibu menyuruh saya duduk di sebelahnya. Saya amat takut dan terus tertidur. Sejak peristiwa itu, ayah tidak membawa kami ke sana lagi.

28 Ogos 2008

Air Gigi


Catatan Muhaimin

Hari itu hari Ahad. Saya mengikuti ibu ke pasar. Tiba di pasar, ibu membeli barang-barang seperti ikan, sayur, telur, daging dan lain- lain. Selepas itu, saya dan ibu pergi ke gerai makanan untuk bersarapan. Ibu memesan nasi lemak dan saya pula makan lontong dan minum milo ais.

Di sebelah meja kami, duduk sepasang datuk dan nenek. Mereka berbual sambil ketawa. Tiba- tiba saya lihat gigi datuk itu terjatuh sewaktu dia ketawa dan terus masuk ke dalam gelas minumannya. Dengan cepat, datuk itu menutup mulutnya. Saya tidak dapat menahan diri lalu terus ketawa. Ibu memarahi saya dan berkata adalah tidak baik mentertawakan datuk begitu tetapi saya masih terus ketawa. Apabila sampai di rumah, saya menceritakan pada ayah, abang dan adik. Mereka pun turut tertawa.

27 Ogos 2008

Tangan Misteri

Catatan Zurain

Nenek saya sudah tidur kecuali saya yang masih belum tidur kerana menonton televisyon. Tiba-tiba, perut saya terasa lapar dan saya terus pergi ke dapur untuk mengambil nasi goereng yang nenek saya masak malam tadi. Saya pun mengambil nasi itu tetapi semasa saya hendak mengambilnya, saya terasa ada benda di tingkap dapur saya yang terbuka. Saya perhatikan benda itu dan alangkah terperanjat saya kerana ada satu tangan berterbangan, tiada kepala, tiada tangan dan kaki juga!

Saya terpekik dan terus lari ke ruang tamu lalu mengejutkan nenek saya yang masih tidur. Nenek saya bangun dan saya menceritakan apa yang saya jumpa di tingkap. Nenek saya pergi ke dapur tetapi tiada apa-apa di tingkap itu. Nenek saya sambung tidurnya dan meninggalkan saya yang hendak makan seorang diri di dapur. Tidak beberapa minit kemudian, saya terjumpa benda itu sekali lagi, saya pekik dan pekik.

Tiba-tiba, saya terbangun dari tidur. Saya melihat jam yang menunjukkan sudah pukul tiga lalu saya sambung tidur dengan memeluk bantal busuk saya.

Kora-Kora


Catatan Rosamund

Kisah seram yang pernah saya alami ialah saat saya berada di Dufan. Dufan itu berada di Jakarta, ia juga tempat permainan seperti Escape Theme Park yang berada di Singapura. Saya kata tempat ini seram kerana permainan yang pernah saya mainkan itu sangatlah seram.
Nama permainan seram yang saya naiki ialah 'Kora-Kora'. Permainan itu seperti orang duduk di perahu dan perahu itu akan bergoyang dengan sangat laju. Itu sangat menyeramkan bagi saya, sampai saya tidak berani membuka kedua-dua mata saya dan saya hanya boleh berpekik sahaja. Permainan itu sangat seram tetapi saya sangat gembira kerana boleh balik ke Indonesia dan bermain bersama keluarga saya.

Mimpi Yang Menakutkan


Catatan Umaira

Saya mempunyai kisah yang amat seram. Kisah seram itu juga tidak boleh saya lupakan. Kisah seram ini datang daripadanya tidur saya. Pada malam itu, mimpi yang seram itu muncul.
Dalam mimpi saya, saya dan kawan-kawan yang lain sedang pergi menonton wayang. Kami pergi menonton wayang di pusat membeli-belah. Cerita yang kami tonton ialah 'Suster Ngesot'. Cerita Indonesia ini amat seram. Saya hampir terkejut mati. Kami beramai-ramai membeli bertih jagung dan makan bersama-sama. Setelah itu, saya memberitahu kawan saya yang lain bahawa saya hendak pergi ke tandas sementara. Saya terus lari kerana tidak boleh tahan lagi untuk membuang air.


Apabila saya hendak mengambil beberapa helai tisu tiba-tiba, benda yang berwarna hitam timbul di tempat tisu tersebut. Saya membuat bodoh dan tidak menghiraukan benda hitam itu. Saya pun menariknya. Selepas itu, benda itu semakin dekat dengan muka saya. Saya juga terasa amat takut dan melihat apa sebenarnya benda itu. Rupa-rupanya, benda hitam tersebut ialah rambut hantu. Hantu itu seperti pontianak. Tanpa berlengah, saya terus melarikan diri dan memekik meminta tolong.

Beberapa minit kemudian, saya terbangun daripada tidur saya. Ketika saya bangun, baju saya basah kuyup dengan peluh. Saya pun mula sambung tidur dan membaca doa tidur.

Pemergian Datukku


Catatan Arif

Kisah sedih yang berlaku kepada saya ialah datuk saya baru meninggal dunia. Minggu lepas, datuk saya pengsan di majlis perkawinan saudara saya kerana dia bekerja terlalu keras. Saudara saya mengangkat datuk saya dan membawanya ke hospital NUH. Saya dan keluarga saya menaiki kereta untuk ke hospital NUH. Sampai di hospital saya, menelefon saudara saya. Selepas itu, doktor itu memanggil ibu bapa saya. Dia berkata datuk saya tidak dapat diselamatkan. Saya sekeluarga menangis.



Hadiah Hari Guru Saya

Siang tadi, saya menghadiri makan tengah hari yang disediakan oleh ibu bapa murid-murid Yuhua. Makanan yang dihidangkan enak-enak belaka.

Saya juga telah menerima hadiah hadiah guru saya yang pertama. Terharu saya apabila ibu Khalesa memberikan bunga yang dibuat oleh Khalesa kepada saya. Saya pasti Khalesa banyak meluangkan masa untuk menghabiskan gubahan bunga itu. Kalau dibandingkan dengan jambak-jambak yang lain, bunga saya yang tercantik. Terima kasih, Khalesa! Saya hargai pemberian kamu.