28 Ogos 2008

Air Gigi


Catatan Muhaimin

Hari itu hari Ahad. Saya mengikuti ibu ke pasar. Tiba di pasar, ibu membeli barang-barang seperti ikan, sayur, telur, daging dan lain- lain. Selepas itu, saya dan ibu pergi ke gerai makanan untuk bersarapan. Ibu memesan nasi lemak dan saya pula makan lontong dan minum milo ais.

Di sebelah meja kami, duduk sepasang datuk dan nenek. Mereka berbual sambil ketawa. Tiba- tiba saya lihat gigi datuk itu terjatuh sewaktu dia ketawa dan terus masuk ke dalam gelas minumannya. Dengan cepat, datuk itu menutup mulutnya. Saya tidak dapat menahan diri lalu terus ketawa. Ibu memarahi saya dan berkata adalah tidak baik mentertawakan datuk begitu tetapi saya masih terus ketawa. Apabila sampai di rumah, saya menceritakan pada ayah, abang dan adik. Mereka pun turut tertawa.

27 Ogos 2008

Tangan Misteri

Catatan Zurain

Nenek saya sudah tidur kecuali saya yang masih belum tidur kerana menonton televisyon. Tiba-tiba, perut saya terasa lapar dan saya terus pergi ke dapur untuk mengambil nasi goereng yang nenek saya masak malam tadi. Saya pun mengambil nasi itu tetapi semasa saya hendak mengambilnya, saya terasa ada benda di tingkap dapur saya yang terbuka. Saya perhatikan benda itu dan alangkah terperanjat saya kerana ada satu tangan berterbangan, tiada kepala, tiada tangan dan kaki juga!

Saya terpekik dan terus lari ke ruang tamu lalu mengejutkan nenek saya yang masih tidur. Nenek saya bangun dan saya menceritakan apa yang saya jumpa di tingkap. Nenek saya pergi ke dapur tetapi tiada apa-apa di tingkap itu. Nenek saya sambung tidurnya dan meninggalkan saya yang hendak makan seorang diri di dapur. Tidak beberapa minit kemudian, saya terjumpa benda itu sekali lagi, saya pekik dan pekik.

Tiba-tiba, saya terbangun dari tidur. Saya melihat jam yang menunjukkan sudah pukul tiga lalu saya sambung tidur dengan memeluk bantal busuk saya.

Kora-Kora


Catatan Rosamund

Kisah seram yang pernah saya alami ialah saat saya berada di Dufan. Dufan itu berada di Jakarta, ia juga tempat permainan seperti Escape Theme Park yang berada di Singapura. Saya kata tempat ini seram kerana permainan yang pernah saya mainkan itu sangatlah seram.
Nama permainan seram yang saya naiki ialah 'Kora-Kora'. Permainan itu seperti orang duduk di perahu dan perahu itu akan bergoyang dengan sangat laju. Itu sangat menyeramkan bagi saya, sampai saya tidak berani membuka kedua-dua mata saya dan saya hanya boleh berpekik sahaja. Permainan itu sangat seram tetapi saya sangat gembira kerana boleh balik ke Indonesia dan bermain bersama keluarga saya.

Mimpi Yang Menakutkan


Catatan Umaira

Saya mempunyai kisah yang amat seram. Kisah seram itu juga tidak boleh saya lupakan. Kisah seram ini datang daripadanya tidur saya. Pada malam itu, mimpi yang seram itu muncul.
Dalam mimpi saya, saya dan kawan-kawan yang lain sedang pergi menonton wayang. Kami pergi menonton wayang di pusat membeli-belah. Cerita yang kami tonton ialah 'Suster Ngesot'. Cerita Indonesia ini amat seram. Saya hampir terkejut mati. Kami beramai-ramai membeli bertih jagung dan makan bersama-sama. Setelah itu, saya memberitahu kawan saya yang lain bahawa saya hendak pergi ke tandas sementara. Saya terus lari kerana tidak boleh tahan lagi untuk membuang air.


Apabila saya hendak mengambil beberapa helai tisu tiba-tiba, benda yang berwarna hitam timbul di tempat tisu tersebut. Saya membuat bodoh dan tidak menghiraukan benda hitam itu. Saya pun menariknya. Selepas itu, benda itu semakin dekat dengan muka saya. Saya juga terasa amat takut dan melihat apa sebenarnya benda itu. Rupa-rupanya, benda hitam tersebut ialah rambut hantu. Hantu itu seperti pontianak. Tanpa berlengah, saya terus melarikan diri dan memekik meminta tolong.

Beberapa minit kemudian, saya terbangun daripada tidur saya. Ketika saya bangun, baju saya basah kuyup dengan peluh. Saya pun mula sambung tidur dan membaca doa tidur.

Pemergian Datukku


Catatan Arif

Kisah sedih yang berlaku kepada saya ialah datuk saya baru meninggal dunia. Minggu lepas, datuk saya pengsan di majlis perkawinan saudara saya kerana dia bekerja terlalu keras. Saudara saya mengangkat datuk saya dan membawanya ke hospital NUH. Saya dan keluarga saya menaiki kereta untuk ke hospital NUH. Sampai di hospital saya, menelefon saudara saya. Selepas itu, doktor itu memanggil ibu bapa saya. Dia berkata datuk saya tidak dapat diselamatkan. Saya sekeluarga menangis.



Hadiah Hari Guru Saya

Siang tadi, saya menghadiri makan tengah hari yang disediakan oleh ibu bapa murid-murid Yuhua. Makanan yang dihidangkan enak-enak belaka.

Saya juga telah menerima hadiah hadiah guru saya yang pertama. Terharu saya apabila ibu Khalesa memberikan bunga yang dibuat oleh Khalesa kepada saya. Saya pasti Khalesa banyak meluangkan masa untuk menghabiskan gubahan bunga itu. Kalau dibandingkan dengan jambak-jambak yang lain, bunga saya yang tercantik. Terima kasih, Khalesa! Saya hargai pemberian kamu.