27 Ogos 2008

Hadiah Hari Guru Saya

Siang tadi, saya menghadiri makan tengah hari yang disediakan oleh ibu bapa murid-murid Yuhua. Makanan yang dihidangkan enak-enak belaka.

Saya juga telah menerima hadiah hadiah guru saya yang pertama. Terharu saya apabila ibu Khalesa memberikan bunga yang dibuat oleh Khalesa kepada saya. Saya pasti Khalesa banyak meluangkan masa untuk menghabiskan gubahan bunga itu. Kalau dibandingkan dengan jambak-jambak yang lain, bunga saya yang tercantik. Terima kasih, Khalesa! Saya hargai pemberian kamu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadiah yang diberi oleh khalesa itu amat cantik sekali. Saya harap tahun kemudian saya akan memberi kek untuk Cikgu Azrina jikalau saya ada banyak masa!!

Tanpa Nama berkata...

saya suka bunga yang dibuat Khalesa .

Tanpa Nama berkata...

saya suka bunga untuk cikgu daripada khalesa.