Catatan Umaira
Saya mempunyai kisah yang amat seram. Kisah seram itu juga tidak boleh saya lupakan. Kisah seram ini datang daripadanya tidur saya. Pada malam itu, mimpi yang seram itu muncul.
Dalam mimpi saya, saya dan kawan-kawan yang lain sedang pergi menonton wayang. Kami pergi menonton wayang di pusat membeli-belah. Cerita yang kami tonton ialah 'Suster Ngesot'. Cerita Indonesia ini amat seram. Saya hampir terkejut mati. Kami beramai-ramai membeli bertih jagung dan makan bersama-sama. Setelah itu, saya memberitahu kawan saya yang lain bahawa saya hendak pergi ke tandas sementara. Saya terus lari kerana tidak boleh tahan lagi untuk membuang air.
Apabila saya hendak mengambil beberapa helai tisu tiba-tiba, benda yang berwarna hitam timbul di tempat tisu tersebut. Saya membuat bodoh dan tidak menghiraukan benda hitam itu. Saya pun menariknya. Selepas itu, benda itu semakin dekat dengan muka saya. Saya juga terasa amat takut dan melihat apa sebenarnya benda itu. Rupa-rupanya, benda hitam tersebut ialah rambut hantu. Hantu itu seperti pontianak. Tanpa berlengah, saya terus melarikan diri dan memekik meminta tolong.
Beberapa minit kemudian, saya terbangun daripada tidur saya. Ketika saya bangun, baju saya basah kuyup dengan peluh. Saya pun mula sambung tidur dan membaca doa tidur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan