Catatan Nurul Asyiqin(5G)
Satu kisah seram yang pernah aku lalui ialah ternampak bayangan seorang perempuan. Minggu lepas, aku pergi ke Chalet Changi. Setelah kami sampai di sana, aku meletakkan beg aku di dalam bilik dan dengan cepat aku pergi ke laut.
Apabila jam menunjukkan pukul 12 malam, keluargaku sudah tidur. Tekak aku pun terasa dahaga. Lampu semua sudah tutup. Aku terpaksa berjalan dalam gelap jikalau tidak, aku akan mengganggu mereka. Ketika berjalan, tiba-tiba bayangan seorang perempuan memakai baju berwarna putih dan berambut panjang meluru di hadapanku.
Aku tidak layan kerana aku fikirkan hanya cahaya di langit. Aku pun minum air. Tiba-tiba, bayangan itu terus meluru di hadapanku. Aku terkejut kerana bayangan itu semakin dekat denganku. Aku cepat-cepat berlari naik atas ke bilik dan mengejutkan bapaku untuk menemani aku minum air.
Aku memberitahu apa yang aku ternampak tadi. Bapaku memesan supaya jangan turun kerana takut bayangan itu akan mengacau aku lagi. Bapaku pun menasihati aku jikalau mahu turun pada waktu malam, kejut mereka untuk menemaniku. Aku terus tidur bersebelahan bapaku.
09 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

10 ulasan:
Saya pun pernah ternampak bayangan perempuan di dalam bilik ibu bapa saya,tetapi tak ada sesiapa pun yang percaya kepada saya.
cerita kamu amat seram
Takutnya cerita kau ni bulu roma saya ternaik.
Seramnya cerita itu.
seramnya catatan kamu mesti kamu takut untuk pergi ke tandas sendiri di chalet itu.
seramnya cerita ini!
seramnya cerita kamu!
seramnya cerita ini!!
Bulu roma saya ternaik, kerana membaca cerita seram ini.
Seramnya saya pun ada kisah sama
Catat Ulasan