| Catatan Zakaria Saya bersyukur kerana saya telah dapat hidup di dalam dunia ini. Saya sungguh berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka yang telah mambawa saya ke dunia ini. Sewaktu kecil,apa yang saya buat adalah tidur. Ibu sudah bersusah payah menjaga saya ketika saya masih kecil hingga sekarang. Dahulu waktu saya kecil,ibulah yang memberi saya susu, mandikan saya, munukar pakaian saya dan lain-lain lagi. Semakin hari,saya semakin besar dan kini sudah pun berumur 10 tahun. Saya sudah bersekolah di Sekolah Rendah Yuhua. Saya murid darjah 5. Tidak lama lagi,saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Bukan itu sahaja, banyak cabaran yang saya alami semasa saya di peringkat darjah 5. Saya harus mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah dan banyak lagi. Bukan sahaja di sekolah tetapi di rumah juga ada kerja yang patut saya lakukan. Di rumah,saya harus menolong ibu mengemas rumah dan lain-lain lagi.Peranan saya dalam rumah adalah sebagai seorang abang kepada adik saya yang kecil. Saya harus mengajar dia membuat kerja sekolah dan lain-lain lagi. Saya juga harus menunjukkan contoh yang baik kepada adik saya yang kecil. Mungkin itulah kehidupan harian saya di dalam dunia dengan menghadapi berbagai cabaran dan dugaan. |
14 September 2008
Kehidupan Harian Saya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

2 ulasan:
Shukur Alhamdurillah.
Shukur Alhamdurilla.
Catat Ulasan