22 November 2008
pontianak
Kisah ini berlaku kepada saudara saya. 5 minggu yang lalu, keluarga saya pergi ke rumahnya. Pada pukul 8 malam, keluarga saya pulang ke rumah.Selepas beberapa minit,saudara saya masak. Ketika dia sedang masak, dia ternampak pontianak di luar tingkap.Dia memekik.Bila dia sedang memekik, pontianak itu hilang.Esoknya dia menceritakan tentang pontianak itu.Malam itu saya termimpi tentang pontianak itu.Susahnya saya hendak tidur. Pada hari itu,saya susah
hendak melupakannya.
12 November 2008
04 November 2008
Pada pagi hari Sabtu yang lalu, saya mengikut ibu saya ke pasar di Jurong West. Apabila saya di dalam bus nombor 502,abang saya menelefon telefon bimbit ibu saya dan memberitahu bahawa burung kesayangan saya telah dikejar oleh seekor kucing yang dimiliki oleh bapa saya. Kucing itu ialah kucing kesayangan bapa saya yang telah lama memeliharanya.Kucing itu sangat gemuk dan garang sekali.Saya sangat benci terhadap kucing itu kerana dia selalu mencekau saya.
Setibanya saya pulang dari pasar, dengan cepat saya pergi ke dapur dan melihat bahawa burung kesayangan saya tercungap-cungap bagaikan diserang ketakutan sehingga lututnya lemah dan tangannya terkulai-kulai.Saya membawa burung saya kemana-mana.Saya mendukungnya, menidurkannya. Mengambil gambarnya dan memegang kepalanya.
Selepas hari itu, saya dan keluarga saya mahu pergi ke Geylang untuk membeli baju Hari Lebaran tahun ini. Sementara menunggu bapa saya bersiap, saya mendukung burung kesayangan saya kerana ia masih tercungap-cungap. Setelah itu kami semua berangkat keluar sementara burung saya kesendirian di rumah.
Kami ke Geylang agak lama. Setibanya saya di rumah, saya terus berlari ke arah dapur untuk melihat burung saya tetapi cuba menahan air mata saya tetapi tidak berguna kerana burung saya sudak mati bersendirian di rumah. Berjuta-juta semut telah berkumpul di seluruh tubuh burung saya.
Saya, abang dan bapa saya menanamnya berdekatan sebatang pokok yang rendah. Setibanya saya di rumah, saya menangis sehingga saya tertidur dan mimpi tentang burung kesayangan saya.
Apabila hari mendung burung saya akan mematuk ibu saya supaya mengankat baju-baju diluar dan tutup tingkap-tingkap. Dia ialah penghibur di rumah saya. Dia selalu menemani saya apabila saya dalam kesedihan atau kesunyian.
Sekarang burung saya sudah tiada. Saya sentiasa mengimbas burung itu sepanjang hayat saya.

